Wednesday, December 17, 2008

ANUGERAH TERAKHIR PAK LAH - SPRM?

Dalam meniti ke penghujung Mac 2009, Pak Lah dilihat masih gigih dalam mengotakan janji beliau untuk membanteras gejala rasuah dengan gesaan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pelbagai andaian telah dibuat samada secara positif mahupun negetif mengenai rang undang-undang SPRM yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat ini.

http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Yang menarik, didalam temuramah Pak Lah bersama Agendadaily, beliau secara jelas menyatakan tidak akan campur tangan atau menerima apa-apa jawatan seperti Menteri Kanan, setelah berundur diri mentadbir negara selepas Mac 2009.

Bicara hati: Pentadbir yang mengerti kuasa yang dipegang adalah suatu amanah, pasti berasa aman kiranya beban yang digalas dapat diletak tepi setelah segalanya baik terlaksana...

Monday, December 15, 2008

PPP - "ADA TIDAK MENAMBAH...TIADA TIDAK MENGURANG"

Melihat kepada peranan PPP sebagai rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN) selama ini sememangnya menjadi kerusingan khususnya kepada ahli-ahli UMNO yang 'rela dalam paksa' menerima sahabat yang tidak pandai menghargai sahabat.

Ketegasan Pak Lah tepat pada masanya apabila yang mengugut mahu keluar terpaksa menelan kembali kata-kata beliau, malah berdiam diri 'no action talk only'. Sikap mengugut yang diamalkan oleh PPP jelas menjadi duri dalam daging yang mana penyelesaiannya 'cabutkan duri campakkan ke tepi' biar empunya badan mengerti sarang tebuan jangan sesekali dijolok.

Melayu yang sekian lama menjadi tuan di Tanah Melayu (Malaysia) sering kali bertolak ansur, diambil kesempatan pihak kaum lain untuk dihimpit sehingga ke hujung dinding, jangan sampai keris dihunus baru mahu mengakui yang mana tuan yang mana hamba.

Bicara hati: kadangkala sikap tamak dan mendesak sering kali merosakkan jalinan persahabatan yang menuntut keikhlasan...

Wednesday, December 10, 2008

LAPORAN POLIS TERHADAP SURIND RAJ "THE ISLAMOPHOBE"

Allahuakbar...

Kelantangan penghinaan Surind Raj dalam memperlekehkan tuntutan Rukun Islam Terakhir (menunaikan haji), berbaloi apabila Sdr. Zainol Abideen a.k.a mahaguru58 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Tuduhan dibuat atas penulisan artikel yang menghina umat islam. Terkini, walaupun artikel tersebut telah di "delete" oleh si free thinker atas pelbagai alasan namun kebenaran tetap mengatasi kebatilan. Syabas kepada Sdr. Zainol Abideen atas keprihatinan dan keberanian beliau.

http://mahaguru58.blogspot.com/2008/12/police-report-lodged-against-surind-raj.html

Menjadi harapan kita, agar tindakan undang-undang yang setimpal dikenakan kepada si free thinker ini, yang bertongkatkan kebebasan hak asasi manusia tanpa batas. Tiada alasan bagi sesiapa yang waras berfikir untuk menghina, memperlekehkan serta memperlecehkan agama anutan sesiapa sahaja.

Bicara hati: Pemikiran berlandasankan logik akal tanpa dorongan wahyu seringkali buta dalam menilaikan mana yang palsu mana yang hikmah...

Tuesday, December 9, 2008

RUKUN ISLAM TERAKHIR DI HINA


Allahuakbar...

Wujud kini blog yang menghina tuntutan menunaikan haji dengan menyatakan "Haji... suatu perjalanan yang paling memalukan dalam sejarah". http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Kenyataan ini sesuatu yang tidak dapat dimaafkan, jelas menunjukkan blogger yang menulis ini seorang yang tidak sensitif mahupun beliau seorang free-thinker yang perlu 'dikorbankan' agar masyarakat berbilang kaum dapat hidup dengan harmoni.

Bicara hati: Tiada salahnya mengutarakan pandangan, melontarkan pendapat asalkan kita tahu batasan, jangan sampai sarang harimau diganggu jolok, nahasnya bakal diketahui kemudian nanti...

Friday, December 5, 2008

Renungan untuk kita...
Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/

AL-QURAN SUMBER PERUNDANGAN UTAMA - Lim Guan Eng

GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus.

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Bicara hati: membenarkan apa yang benar adalah suatu sifat yang terpuji, namun menentukan ikhlas seseorang itu bukan kawalan kita...bagaikan fatamorgana, yang terbias di hadapan mata belum tentu benar kenyataannya...