Tuesday, June 21, 2011

BIOMETRIK VS DAKWAT KEKAL...

Merujuk kepada salah satu tuntutan yang diperjuangkan oleh pendemostrasi BERSIH tapi kotor ialah PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL. Sekiranya tuntutan ini dipersetujui, maka secara langsung ianya akan membawa negara melangkah ke belakang, apabila mempraktikkan kaedah yang dilaksanakan di negara-negara miskin dan mundur. Ini kerana masih terdapat kaedah yang lebih tepat dan efisien dengan menggunakan sistem biometrik bagi menangkis masalah pengundi hantu mahupun pengundi yang kononnya mengundi lebih dari sekali dalam Pilihanraya yang berlangsung.


Memetik ulasan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang. SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing. "KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi," katanya. Beliau mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut BERSIH. Jabatan Imigresen kini menggunakan sistem biometrik di pintu-pintu masuk di seluruh negara, sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini. Abdul Aziz berkata melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli. "Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," katanya. Sebaik sahaja disahkan, katanya SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih sebelum mengeluarkan kertas undi. Abdul Aziz berkata selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua. Beliau berkata sistem biometrik merupakan penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia. Katanya SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal kerana sehingga kini, tiada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini. "Penggunaan dakwat kekal itu juga tidak akan menyelesaikan masalah orang mengundi dua kali yang ditohmah selama ini, yang tidak benar sama sekali," katanya.



Bicara hati : tak tahu apa bakal terjadi kalau bertukar pemerintah... yang pembangunannya maju bisa jadi mundur, ekonominya kencang bisa jadi kendur.

1 comment:

MAT SIRAT said...

Memang benar, dalam perhitungan ini, kita harus melangkah dengan kaedah yang lebih maju bukannya dengan cara yang sudah dengan izin 'outdated'.

Namun begitu usah terperanjat jika kaedah biometrik tersebut turut disanggah mungkin KERANA TUGAS MEREKA ADALAH MEMBANGKANG DAN TERUS MEMBANGKANG ... TEPUK DADA TANYA SELERA!!!