Wednesday, June 22, 2011

SOLAT HAJAT PAS UNTUK AMBIGA!!!

Dewan Ulama PAS akan mengadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan HARAM 2.0 yang diketuai oleh Ambiga yang dijadualkan pada Julai ini. Semua Dewan Ulama Negeri diminta untuk menggerakkan dan merialisasikan munajat perdana tersebut. Dalam munajat perdana itu nanti Dewan Ulama PAS meminta pemimpin, ahli dan pendokong parti berkenaan berdoa kepada Allah SWT bagi menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu, disini pasti ianya merujuk kepada UMNO dan NGO yang menentang demostrasi haram yang dianjurkan oleh Ambiga dan sekutu.


PAS dilihat sanggup untuk lakukan apa saja bagi memastikan matlamat kuasa yang dimimpi tercapai dan agama dijadikan alat menarik sokongan. Bukan mereka-mereka ini buta tentang siapa sebenarnya Ambiga yang terang-terangan cuba merosakkan kesucian islam di Malaysia, tetapi inilah jalan terbaik untuk survival PAS di kaca mata ahli-ahlinya. Mari kita lihat kembali usaha Ambiga dalam menjahanamkan kesucian islam yang masa ini di sanjung oleh puak PAS;

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.





Bicara hati : Begitulah perangai puak PAS. Mereka mengambarkan diri mereka sahaja yang suci murni dan lebih Islam daripada pihak lain. Tapi dalam masa yang sama apa pun mereka sanggup buat asalkan mendapat sedikit kuasa.

Tuesday, June 21, 2011

BIOMETRIK VS DAKWAT KEKAL...

Merujuk kepada salah satu tuntutan yang diperjuangkan oleh pendemostrasi BERSIH tapi kotor ialah PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL. Sekiranya tuntutan ini dipersetujui, maka secara langsung ianya akan membawa negara melangkah ke belakang, apabila mempraktikkan kaedah yang dilaksanakan di negara-negara miskin dan mundur. Ini kerana masih terdapat kaedah yang lebih tepat dan efisien dengan menggunakan sistem biometrik bagi menangkis masalah pengundi hantu mahupun pengundi yang kononnya mengundi lebih dari sekali dalam Pilihanraya yang berlangsung.


Memetik ulasan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang. SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing. "KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi," katanya. Beliau mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut BERSIH. Jabatan Imigresen kini menggunakan sistem biometrik di pintu-pintu masuk di seluruh negara, sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini. Abdul Aziz berkata melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli. "Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," katanya. Sebaik sahaja disahkan, katanya SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih sebelum mengeluarkan kertas undi. Abdul Aziz berkata selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua. Beliau berkata sistem biometrik merupakan penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia. Katanya SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal kerana sehingga kini, tiada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini. "Penggunaan dakwat kekal itu juga tidak akan menyelesaikan masalah orang mengundi dua kali yang ditohmah selama ini, yang tidak benar sama sekali," katanya.



Bicara hati : tak tahu apa bakal terjadi kalau bertukar pemerintah... yang pembangunannya maju bisa jadi mundur, ekonominya kencang bisa jadi kendur.

Sunday, June 19, 2011

DEMO HARAM! APA LAGI YANG NAK DIBERSIHKAN???


Sekali lagi bandaraya Kuala Lumpur akan dibanjiri dengan kehadiran juak-juak Melayu PAS merata negeri yang diketuai oleh seorang india, Ambiga Sreenevasan sambil dibontoti oleh Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu, dalam melaungkan ketiadaan ketelusan, keadilan dalam pilihanraya di Malaysia, sedangkan Pakatan Rakyat telah memenangi 5 buah negeri semasa PRU 12 yang lalu.

Musykil bila kita renungkan apa sebenar objektif Himpunan HARAM BERSIH nak diadakan, walaupun amaran keras telah diberikan oleh pihak berkuasa. Kementerian yang terlibat perlu memandang serius perkara ini dan ISA merupakan jalan terbaik bagi mengajar pemimpin-pemimpin yang kononnya ikhlas berjuang untuk rakyat sedangkan jelas wujud agenda yang tersembunyi....hanya untuk kepentingan peribadi individu yang digelar ANUGERAH TUHAN.



Bicara Hati : melayu berdemo, diketuai india, dibatu api cina...sapa agaknya yang untung???