Monday, October 17, 2011

KERAJAAN KOTA JANJI...PR1MA JADI BUKTI

3402 nombor bertuah bagi Mohamad Norazam Azman Shah, 25, yang berimpian memiliki rumah sendiri...bakal menjadi kenyataan apabila terpilih antara pemenang untuk memiliki 560 unit rumah mampu milik melalui Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Putrajaya. “Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada Perdana Menteri,” kata bapa kepada seorang anak berusia tujuh bulan itu.


Ucapan terima kasih itu seharusnya dipanjangkan kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang mana telah lama membawa cadangan dan impian beliau kepada pihak berkuasa tempat (PBT) untuk membina rumah penempatan mampu milik dengan mengambil kira kemampuan penduduk berpendapatan sederhana. Dengan cabutan undi yang dibuat oleh PM sambil diaudit oleh firma bertanggungjawab, ketelusan wujud dan menutup mulut golongan pembangkang yang menyindir unit-unit rumah PR1MA hanya untuk kroni-kroni UMNO di Putrajaya.


Disebalik ucapan PM tempoh hari, masyarakat harus sedar bahawa tiada kerajaan lain didunia yang menyediakan dana seperti PR1MA ini. Rumah yang sepatutnya berharga RM220,00.00 telah diturunkan harga kepada RM120,000.00 sehingga RM150,000.00 agar ianya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana.

Bicara hati : Impian boleh jadi kenyataan jika pemerintah tahu apa tugasan dan tanggungjawab, jangan hanya pandai tabur janji, apa yang ada ditarah sesama kroni...

PENJAWAT AWAM...PETUALANG @ TULANG BELAKANG KERAJAAN?

Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 semakin hampir bila PM mengumumkan Bajet 2012 @ bajet pilihanraya sebagaimana dimomokkan oleh Pakatan Rakyat. Pemberian bonus dan pelarasan kenaikan gaji, jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan BN terhadap kesungguhan penjawat awam, walaupun terbukit dikalangan mereka ada yang menyokong pembangkang atas nama demokrasi..."bite the hand that feed u" dengan alasan gaji kami dibayar dengan cukai rakyat bukan duit kerajaan BN...


Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan cawangan-cawangan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan pejabat PAS Kawasan di Presint 15, Putrajaya yang dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia, dengan struktur demografi hampir 80% penduduknya terdiri daripada penjawat awam.


Bicara hati : sudah jadi resam hidup, yang memberi perlu dihormati biar rezeki diberkati, jangan jadi lupa diri madu diberi racun yang dibalas...