Monday, October 17, 2011

KERAJAAN KOTA JANJI...PR1MA JADI BUKTI

3402 nombor bertuah bagi Mohamad Norazam Azman Shah, 25, yang berimpian memiliki rumah sendiri...bakal menjadi kenyataan apabila terpilih antara pemenang untuk memiliki 560 unit rumah mampu milik melalui Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Putrajaya. “Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada Perdana Menteri,” kata bapa kepada seorang anak berusia tujuh bulan itu.


Ucapan terima kasih itu seharusnya dipanjangkan kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang mana telah lama membawa cadangan dan impian beliau kepada pihak berkuasa tempat (PBT) untuk membina rumah penempatan mampu milik dengan mengambil kira kemampuan penduduk berpendapatan sederhana. Dengan cabutan undi yang dibuat oleh PM sambil diaudit oleh firma bertanggungjawab, ketelusan wujud dan menutup mulut golongan pembangkang yang menyindir unit-unit rumah PR1MA hanya untuk kroni-kroni UMNO di Putrajaya.


Disebalik ucapan PM tempoh hari, masyarakat harus sedar bahawa tiada kerajaan lain didunia yang menyediakan dana seperti PR1MA ini. Rumah yang sepatutnya berharga RM220,00.00 telah diturunkan harga kepada RM120,000.00 sehingga RM150,000.00 agar ianya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana.

Bicara hati : Impian boleh jadi kenyataan jika pemerintah tahu apa tugasan dan tanggungjawab, jangan hanya pandai tabur janji, apa yang ada ditarah sesama kroni...

PENJAWAT AWAM...PETUALANG @ TULANG BELAKANG KERAJAAN?

Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 semakin hampir bila PM mengumumkan Bajet 2012 @ bajet pilihanraya sebagaimana dimomokkan oleh Pakatan Rakyat. Pemberian bonus dan pelarasan kenaikan gaji, jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan BN terhadap kesungguhan penjawat awam, walaupun terbukit dikalangan mereka ada yang menyokong pembangkang atas nama demokrasi..."bite the hand that feed u" dengan alasan gaji kami dibayar dengan cukai rakyat bukan duit kerajaan BN...


Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan cawangan-cawangan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan pejabat PAS Kawasan di Presint 15, Putrajaya yang dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia, dengan struktur demografi hampir 80% penduduknya terdiri daripada penjawat awam.


Bicara hati : sudah jadi resam hidup, yang memberi perlu dihormati biar rezeki diberkati, jangan jadi lupa diri madu diberi racun yang dibalas...






Wednesday, June 22, 2011

SOLAT HAJAT PAS UNTUK AMBIGA!!!

Dewan Ulama PAS akan mengadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan HARAM 2.0 yang diketuai oleh Ambiga yang dijadualkan pada Julai ini. Semua Dewan Ulama Negeri diminta untuk menggerakkan dan merialisasikan munajat perdana tersebut. Dalam munajat perdana itu nanti Dewan Ulama PAS meminta pemimpin, ahli dan pendokong parti berkenaan berdoa kepada Allah SWT bagi menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu, disini pasti ianya merujuk kepada UMNO dan NGO yang menentang demostrasi haram yang dianjurkan oleh Ambiga dan sekutu.


PAS dilihat sanggup untuk lakukan apa saja bagi memastikan matlamat kuasa yang dimimpi tercapai dan agama dijadikan alat menarik sokongan. Bukan mereka-mereka ini buta tentang siapa sebenarnya Ambiga yang terang-terangan cuba merosakkan kesucian islam di Malaysia, tetapi inilah jalan terbaik untuk survival PAS di kaca mata ahli-ahlinya. Mari kita lihat kembali usaha Ambiga dalam menjahanamkan kesucian islam yang masa ini di sanjung oleh puak PAS;

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.





Bicara hati : Begitulah perangai puak PAS. Mereka mengambarkan diri mereka sahaja yang suci murni dan lebih Islam daripada pihak lain. Tapi dalam masa yang sama apa pun mereka sanggup buat asalkan mendapat sedikit kuasa.

Tuesday, June 21, 2011

BIOMETRIK VS DAKWAT KEKAL...

Merujuk kepada salah satu tuntutan yang diperjuangkan oleh pendemostrasi BERSIH tapi kotor ialah PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL. Sekiranya tuntutan ini dipersetujui, maka secara langsung ianya akan membawa negara melangkah ke belakang, apabila mempraktikkan kaedah yang dilaksanakan di negara-negara miskin dan mundur. Ini kerana masih terdapat kaedah yang lebih tepat dan efisien dengan menggunakan sistem biometrik bagi menangkis masalah pengundi hantu mahupun pengundi yang kononnya mengundi lebih dari sekali dalam Pilihanraya yang berlangsung.


Memetik ulasan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang. SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing. "KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi," katanya. Beliau mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut BERSIH. Jabatan Imigresen kini menggunakan sistem biometrik di pintu-pintu masuk di seluruh negara, sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini. Abdul Aziz berkata melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli. "Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," katanya. Sebaik sahaja disahkan, katanya SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih sebelum mengeluarkan kertas undi. Abdul Aziz berkata selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua. Beliau berkata sistem biometrik merupakan penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia. Katanya SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal kerana sehingga kini, tiada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini. "Penggunaan dakwat kekal itu juga tidak akan menyelesaikan masalah orang mengundi dua kali yang ditohmah selama ini, yang tidak benar sama sekali," katanya.



Bicara hati : tak tahu apa bakal terjadi kalau bertukar pemerintah... yang pembangunannya maju bisa jadi mundur, ekonominya kencang bisa jadi kendur.

Sunday, June 19, 2011

DEMO HARAM! APA LAGI YANG NAK DIBERSIHKAN???


Sekali lagi bandaraya Kuala Lumpur akan dibanjiri dengan kehadiran juak-juak Melayu PAS merata negeri yang diketuai oleh seorang india, Ambiga Sreenevasan sambil dibontoti oleh Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu, dalam melaungkan ketiadaan ketelusan, keadilan dalam pilihanraya di Malaysia, sedangkan Pakatan Rakyat telah memenangi 5 buah negeri semasa PRU 12 yang lalu.

Musykil bila kita renungkan apa sebenar objektif Himpunan HARAM BERSIH nak diadakan, walaupun amaran keras telah diberikan oleh pihak berkuasa. Kementerian yang terlibat perlu memandang serius perkara ini dan ISA merupakan jalan terbaik bagi mengajar pemimpin-pemimpin yang kononnya ikhlas berjuang untuk rakyat sedangkan jelas wujud agenda yang tersembunyi....hanya untuk kepentingan peribadi individu yang digelar ANUGERAH TUHAN.



Bicara Hati : melayu berdemo, diketuai india, dibatu api cina...sapa agaknya yang untung???



Thursday, January 6, 2011

LAPORAN INVESTIGASI PALSU JADI ASAS FITNAH

"KBRI Pantau Isu Menteri Malaysia Perkosa TKW .Rabu, 5 Januari 2011, 11:54 WIB"


Perwakilan pemerintah Indonesia di Malaysia tengah memonitor beredarnya kabar tentang seorang pembantu rumah tangga Indonesia yang diperkosa seorang menteri Malaysia pada 2007 lampau. Meski demikian, isu itu dinilai sulit diusut lebih jauh.

Demikian dinyatakan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur. Kepada VIVAnews.com, Kepala Penerangan KBRI Suryana Sastradipraja mengatakan kasus itu mengemuka belakangan ini di sebuah koran oposisi, Harakah Daily. Namun, ia melanjutkan, kabar itu sejauh ini belum bisa dibuktikan kebenarannya karena baru didasarkan pada laporan pihak ketiga.

“Kami sudah tahu, itu muncul tahun 2007, namun itu kan baru ‘katanya’ semua,” ujar Sastradipraja, Rabu, 5 Januari 2011.

Lantas kenapa KBRI sendiri tidak menindaklanjuti kasus ini?
Suryana mengatakan itu karena sejauh ini tidak ada laporan langsung dari korban, sehingga KBRI tidak dapat bertindak lebih jauh. “Kasus ini tidak pernah dilaporkan, kalaupun dilaporkan sekarang, apa buktinya? Kasus pemerkosaan itu perlu bukti,” kata Sastradipraja.
Seperti dilansir dari laman Malaysia Today, 23 Desember 2010, laporan yang disebut-sebut berasal dari Migrant Care tersebut telah disampaikan ke KBRI dan Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur.

Namun, ketika ditanya soal ini, Sastradipraja menampik berita tersebut dan mengatakan tidak pernah menerima dokumen apapun mengenai kasus ini. “Kami tidak dapat dokumen apapun, kami baru tahu dari sebuah blog yang dicantumkan di koran Harakah,” ujarnya.

TERDEDAH SUDAH!! Laporan investigasi oleh Migrant Care yang kononnya dijadikan bukti untuk menuduh menteri sebagai perogol, terang-terangan merupakan asas yang boleh dipertikaikan. Sekiranya menteri yang dituduh melakukan perkara ini pada tahun 2007, mana mungkin pihak kerajaan Indonesia berdiam diri, malah sentiasa mengalu-alu kedatangan menteri ini semasa beliau menjawat menteri luar pada 2008.

Terlalu banyak unsur-unsur dakyah jahat yang diwujudkan untuk menjadikan kes ini kelihatan benar. Husam Musa dari PAS yang menyatakan telah mendapatkan pendedahan dari pihak amah yang terbabit, Robengah pada tahun 2007, tidak menggunakan kesempatan pada waktu itu untuk menuduh menteri terlibat, tetapi hanya membangkit isu ini pada waktu sekarang yang jelas bermotifkan sesuatu. Antara fakta lain yang menimbulkan keraguan, disini.

Bicara hati : terfikir... mungkin semua yang berlaku gara-gara PRU13 yang kononnya semakin hampir, nampaknya apa cara akan diguna asalkan matlamat tercapai...




APA HEBAT DENGAN AMAH INDON...

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan cerita 18sx, apabila seorang menteri dikatakan merogol, memperkosa seorang amah yang berkerja dengan beliau, konon berlakunya bertahun dulu. Dipaparkan amah ini seorang yang memiliki tubuh sedang2 tapi seksi (berdasarkan gambar yang dikeluarkan oleh blogger, entah benar entah tidak).

Pelik dengan sikap blogger hari ini yang tidak bertanggungjawab, mencipta isu dengan melemparkan bukti yang tidak wujud, meminta rakyat menilai sehingga menyusahkan ramai yang terlibat. Menuduh atas dendam peribadi yang tak sudah, akhirnya bangsa sendiri yang rugi digelak ketawa orang diluar sana.

Hari ini, penafian telah dibuat oleh menteri yang dituduh, sedia disoalsiasat oleh pihak berkuasa. Jika perkara ini benar berlaku, dosa perlu ditanggung azab menanti dunia akhirat. Jika sebaliknya, perkara ini hanya fitnah yang dicipta...hukuman paling berat perlu diberi supaya pengajaran pada yang lain untuk perkara ini tidak berulang lagi.

Bicara hati : Berfikir dengan akal yang waras, hairan dibuatnya, apa yang amah tu ada sehingga seorang menteri memilih kaca dari intan yang beliau miliki...