Thursday, January 29, 2009

MASYARAKAT KINI DAH TAK KENAL KELAMBU

Melompat seketika Ketua Pergerakan Wanita UMNO bila ada cadangan sayap-sayap UMNO sedia ada patut dimansuhkan. "Marahkan nyamuk kelambu dibakar?" bunyinya sinis tapi boleh bawa sensasi. Yang pasti kalau ditanyakan pada yang muda masa kini, agaknya kelambu pun mereka tak pernah tengok, dan yang nyata bila ditanya pada yang tua pasal kelambu....yang terlintas pasti suatu benda yang usang dan mungkin reput.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm

UMNO sememangnya perlukan perubahan, ikhlas tanpa mendahulukan kepentingan diri perlu wujud dalam hati pemimpin yang dilantik akar umbi. Komen oleh yang berpengalaman perlu diambil kira walaupun pahit kalau ianya boleh dijadikan ubat bagi gemilangkan kembali UMNO, apa salahnya.

Bicara hati: Terucap kata seorang Puteri UMNO, kalau jadi dibubarkan... beramai-ramai kami melompat dari berambut perang berkurung merah jambu ke tudung hijau lagak tersipu-sipu...

1 comment:

MAT SIRAT said...

Bebanan tanggungjawab menyerang (dan juga memperbetulkan) minda rakyat 50-50 dan juga peranan mempertahankan UMNO dari serangan 100-0 pembangkang adakalanya mendorong pelbagai pihak tersasar dari denai perjuangan yang sebenarnya.

Ada yang bertindak keluar UMNO masuk PKR, itupun soalan-soalan maut seperti "apakah penyokong serta pengundi dalam PRU12 tempohari mengizinkan 'penghijrahan salah konsep' tersebut direalisasikan. Mungkin ramai yang terpesong bersetuju, tidak kurang juga yang 'tidak redha' sama sekali.

Benar, kita perlu berubah! Namun tidaklah sampai mengorbankan atau mematahkan sayap sendiri. Banyak yang boleh dilakukan.

Tepuk dada tanya selera...