


Sinar cahaya yang berkilau kadang kala menyilaukan pandangan mengelirukan insan membezakan yang benar mahupun palsu.
Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.
sambungan...
Hari ini akan berlangsungnya satu majlis "penyucian dosa" dan penyerahan tiket "ke sorga" kepada calon PKR iaitu Zaid Ibrahim oleh Tok Guruh Pas, Wali terompah Nik Ajezz.
PAKATAN RAKYAT semakin terdesak, apabila hari ini mula menyebarkan risalah yang menunjukkan calon mereka yang dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Risalah ini telah disebarkan kepada para jemaah yang sibuk menunaikan solat jumaat di masjid-masjid sekitar Hulu Selangor.
Sambungan...
Anwar kini terdesak apabila cuba mengubah imej ZAID LAMA kepada Zaid baru dengan harapan dapat menarik sokongan pengundi Hulu Selangor. Zaid baru yang cuba ditonjolkan adalah seorang bersifat 'zuhud' dan 'tawakuf'...seorang yang telah bertaubat nasuha atas semua dosa-dosa lama...
Maka tersebutlah kisah seorang Kelana (KLN) melintasi sebuah negeri yang telah dinobatkan sebagai “Idaman, Maju dan Sejahtera”. Terkejutlah dia dengan kemakmuran dan keihsanan negeri itu kepada mereka yang berkelana, maka terus dia mencari siapakah ketua negerinya. Dialah Mamak Bendahara al-Korporati (MB al-Korp).“Janji membina kampus UiTM itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ketika bertemu dengan jentera BN di Bangunan UMNO Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, 3 April lalu,’’ ujar beliau.
Dalam sidang media selepas majlis penyerahan biasiswa YBK di Serendah hari ini, Ahmad berkata , Najib memaklumkan , jika BN dapat menawan Selangor, UiTM akan dikembalikan kepada YBK sebagaimana perancangan asalnya, di Serendah.
“Itu adalah janji Perdana Menteri . Saya ingin mengulangi semula hasrat murni Perdana Menteri untuk membuktikan kerajaan BN tidak sebagaimana tidak adilnya kerajaan negeri Selangor, dalam konteks UiTM dan YBK yang mencetuskan kontroversi,’’ ujar beliau.
Menurut beliau, hasrat murni Perdana Menteri adalah untuk mengembalikan UiTM kepada YBK di Serendah, sebagaimana yang telah dibuat tetapi perkara itu tidak berlaku kerana ada halangan daripada kerajaan negeri Selangor - Utusan Malaysia
Bicara hati : sekali lagi agenda pendidikan dijadikan mainan politik bagi meraih sokongan, jangan terlalu rakus mengorbankan perkara yang bukan mainan kerana yang terjejas hanyalah nasib bangsa generasi masa hadapan...
Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang semalam ketika sibuk menurunkan kain rentang BN. Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.
Menyusuri sejarah penubuhan PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR).....Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir kononnya daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka, yang hari ini kehilangan punca dan hala tuju apabila sebilangan pemimpin berkaliber meninggalkan parti tersebut (rujuk di atas).
Dalam usaha menubuhkan parti politik, ia telah menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.
Parti KeADILan Nasional kemudiannya membentuk pakatan Barisan alternatif (BA) dengan PRM, Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihan raya umum malaysia 1999, Parti KeADILan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Perak.
Pada bulan Februari 2003, KeADILan telah bergabung dengan Parti Rakyat Rakyat (PRM) dan mengambil nama seperti sekarang. Populariti UMNO dan BN yang pulih dengan kejayaan Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia dari krisis kewangan 1997, dan persaraan Dr. Mahathir telah menenggelamkan gerakan reformasi dan pengaruh PKR yang makin dilihat oleh rakyat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi Anwar. Pada tahun 2004 KeADILan hanya memenangi sebuah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada tahun itu, iaitu di Permatang Pauh yang disandang oleh Presidennya, Datin Seri Wan Azizah sebelum di ambil alih oleh suami tercintanya Anwar Ibrahim.
Bicara hati : melalui sejarah PKR itu sendiri, kita sedar ianya sebuah parti politik yang penuh kontroversi dan tidak jelas hala tuju. Parti yang ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kepentingan seorang individu jelas tidak punya kekuatan dan tidak akan bertahan lama...

Penduduk di Hulu Selangor bakal di sajikan dengan tayangan terbaru di lakonkan bintang-bintang terkenal dari DAP, PAS dan PKR. Tayangan ini dikatakan bakal box-office kerana dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan yang bijak memainkan pelbagai peranan.
"Mengaku dulang, paku serpih" kalau dahulu Barisan Nasional sering dilabelkan sebagai 'Parti Projek' oleh PAKATAN RAKYAT semasa mereka berkempen. Hari ini di Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor jelas sekali menampakkan mereka juga melakukan perkara yang sama atas alasan memberi kemudahan terbaik kepada masyarakat setempat.
Rentetan dari artikel yang ditulis sebelum ini, Selangor Darul Maksiat?.. mungkin antara punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar gejala maksiat kerana wujudnya EXCO KOBOI di pentadbiran kerajaan negeri.


| harakahdaily |
| Melaka: Rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang kerana jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menangani gejala maksiat termasuk pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang. Ketua Penerangan PAS negeri, Sofi Wahab berkata, rakyat negeri ini juga bertanggungjawab terhadap gejala maksiat yang berlaku itu kerana memilih kerajaan BN yang seolah-olah memandang sebelah mata akan hal itu. “Kita bimbang dengan statistik yang dikeluarkan oleh jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) baru-baru ini yang menyatakan bahawa 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka tahun 2009 dan 388 pada tahun 2008. “Apakah kerajaan ini ingin terus membiarkan perzinaan dan dosa besar ini terus berleluasa,” ujarnya kepada Harakahdaily. Bicara hati: Rasanya sahabat kita yang hanya pandai menasihat cuba-cubalah pandang ke Selangor bilamana bertukar saja pemerintah, BN kepada Pakatan Rakyat yang pasti wujud 4000 tempat judi, hiburan, spa beroperasi secara haram (Fakta oleh Majlis Keselamatan Negara) sedangkan hanya 700 lesen dihadkan oleh BN ketika memerintah... |