Wednesday, April 21, 2010

PROJEK PAKATAN RAKYAT? KALAU DULU TUDUH BN PARTI PROJEK

"Mengaku dulang, paku serpih" kalau dahulu Barisan Nasional sering dilabelkan sebagai 'Parti Projek' oleh PAKATAN RAKYAT semasa mereka berkempen. Hari ini di Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor jelas sekali menampakkan mereka juga melakukan perkara yang sama atas alasan memberi kemudahan terbaik kepada masyarakat setempat.

Antara kewujudan projek MEE SEGERA yang di kesan di Hulu Yam Lama ialah menurap jalan yang telah lama rosak dan dibiarkan. Ini bukanlah kebetulan dengan Pilihan Raya Kecil yang berlangsung, dengan ini kita bakal melihat lebih banyak projek-projek 'mee segera' diusahakan.

Teringat kembali pengalaman semasa menghadiri beberapa ceramah Pakatan Rakyat, penceramah mereka sering melontar persoalan "Mengapa Kerajaan BN akan membuat papan tanda Projek Kerajaan Barisan Nasional di setiap projek yang dia bangunkan, sedangkan mereka bangunkan guna duit rakyat".

Bagaimana pula sekarang? Bukankah wang yang digunakan untuk membuat projek tersebut yang dilabelkan sebagai "Projek Pakatan Rakyat" hasilnya daripada duit rakyat. Janganlah jadi ketam yang nak mengajar anaknya berjalan lurus.

Bicara hati : dulu kalau BN buat kutuk habis-habisan, tapi sekarang mereka sendiri yang buat. Janganlah mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

No comments: