Thursday, April 22, 2010

PKR TAK 'GENTLEMEN'....GUNA TAKTIK KOTOR

Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang semalam ketika sibuk menurunkan kain rentang BN. Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Semasa semua orang sibuk nak ke masjid berjemaah Maghrib, puak-puak munafiqeen ini sibuk melakukan khianat ke atas hak milik orang lain. Inilah perangai busuk hati dan mentaliti dibawah paras cerdik petugas-petugas PR.

Sesungguhnya mereka ini sudah mula tergugat dengan sokongan penuh masyarakat Hulu Selangor. Sebab itulah mereka begitu terdesak melakukan taktik kotor mensabotaj bahan kempen BN. Jelas bahawa jentera PR semakin meroyan ibarat cacing yang kepanasan - pusaka ayahnda

Bicara hati : apabila jiwa dihimpit rasa resah, kekalahan yang bakal diraih...hati jahat menguasai akal fikiran langsung terjadi tindakan yang tidak rasional...


1 comment:

puteh said...

orang lain pergi sembahyang magrib...PKR boleh pulak turunkan bendera BN....inikah parti yang kita nak pilih...