Saturday, April 24, 2010

KELANA DI BUMI ANTAH BERANTAH - PART 3

sambungan...

KLN : Ana juga mendengar cerita-cerita ajaib di I-City, boleh Tuan ulas?

MB al-Korp : Ini projek hartanah hebat bernilai RM 2 bilion di Shah Alam kerana ada elemen teknologi ICT dan pencahayaan malam yang canggih. Ia boleh jadi macam Silicon Valley California dengan sistem “Plug and Play”. Ana ni orang korporat pernah bangunkan hartanah Guthrie dan ramai kawan-kawan Ana orang hartanah termasuk Dato’ Tan pemilik projek ini. Ana kena bantu dia lah. Jadi Ana batalkan pemindahan Sekolah Tamil Bestari ke I-City yang diluluskan kerajaan dulu. Tanah 4 ekar untuk sekolah tu boleh dimajukan untuk untung lebih. Kedua Ana arahkan Selangor State Investment Corporation (SSIC) dan Tourism Selangor pindah ke I-City. Ini polisi ”Park and Pay” - dulu mereka tak bayar sewa nanti boleh bayar kat I-City masing-masing RM 50 ribu dan RM 36 ribu sebulan. Setahun dah RM 432 ribu. Seronok bantu kawan-kawan macam ni.

KLN : Wow! ini memang cerita ajaib buat duit. Ana juga ada dengar cerita ajaib fasal hutang Talam Corporation.

MB al-Korp : Ini lagi seorang kawan korporat yang Ana kena bantu. Inilah moral kita bantu orang-orang berniaga. Syarikat Talam ini ada hutang dengan anak syarikat negeri berjumlah RM 392 juta. Jadi kita gunakan duit rakyat beri RM 392 pada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk beri duit ni pada Selangor Industrial Corporation (SIC) untuk beli hutang ini dan kemudian MBI akan kutip balik. SIC ialah anak syarikat PKNS yang tiada pengawasan dari Kementerian Kewangan, jadi tak ada siapa kacau nak buat kerja ni. SIC pinjam bank beli hutang Talam, kemudian dapat duit dari MBI untuk bayar balik bank. Jadi adalah sikit-sikit service charge dalam RM 400 ribu nak bayar peguam bank dan anak-anak syarikat.

KLN : Wow!, ini satu inovasi kutipan hutang yang mengkagumkan.

MB al-Korp : Memang kreatif dan mengkagumkan sampai ramai ahli-ahli dalam dewan terutama kawan-kawan Ana yang seronok. Ini bukan apa, cuma sedikit trick dalam perakaunan yang biasa digunakan oleh “penyangak korporat”. Kita buat silap mata sedikit, orang tak faham mesti sorak-sorak punya. Sekarang kita giat kutip balik hutang ini yang kita jangka bulan April selesai. Ni dah terlajak tapi Ana bukan ada lampu Aladdin, kita baru dapat RM 241 juta - tunai RM 12 juta lebih dan lainnya kontra dengan hartanah. Hal ini kira dah selesai tak payah bangkit lagi.

KLN : Kemusykilan Ana kenapa hutang syarikat Talam dibantu guna wang rakyat, tetapi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang ada projek pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Serendah tidak dibantu.

MB al-Korp : Kita nak bantulah ni. Sebab tu Ana nak ambil alih pengurusan YBK sebab nak pastikan semua berjalan elok. Tapi YBK yang tak bagi, jadi kita pun tak bagilah. Maka itu kita pulangkan cukai yang sudah dibayar untuk tanah-tanah mereka hampir RM 6.9 juta termasuk di Serendah ini agar Ana boleh rampas tanah mereka. Manfaat pembangunan UiTM ni katanya menjana hasil RM 170 juta setahun, peluang pekerjaan 6 ribu dan Serendah boleh jadi macam Bangi yang ada UKM dan Shah Alam yang ada UiTM hanya andaian. Lagipun laporan audit kerajaan negeri kita tengok banyak keraguan. Kita kena sekat dan siasat segala yang meragukan.

KLN : Satu lagi kemusykilan Ana, Tuan ahli ekonomi yang hebat, kenapa perlu lantik mantan Timbalan Mamak Bendahara Negara sebagai penasihat ekonomi negeri?

MB al-Korp : Ooo... itu DSAI, cakap biar jelas. Dia macam lambang je dan banyak buat kerja politik. Lagipun dulu dia pernah hampir pelingkup ekonomi negara. Sebab tu Ana bagi upah RM 1 setahun. Lagipun sampai sekarang dia tak bawa apa-apa impak ekonomi kat Selangor, pelaburan apa ke lagi. Tapi Ana pun memang suka ramai orang nasihat supaya negeri ni terus ”sihat”. Kita ada CEO dibayar gaji RM 15 ribu sebulan dengan penyelenggaran pejabat RM 8 ribu sebulan. Dulu Ana ada task force tanah dengan 12 orang ahli dan belanja RM 500 ribu bagi 6 bulan. Tapi Ana tidak puas hati dengan kerja mereka, jadi Ana lantik satu lagi konsultan dengan bayaran RM 400 ribu – nak kaji jawatan Yang Dipertua PBT bagi maksud ceremonial dan keperluan seorang CEO yang boleh diisi oleh ahli-ahli politik. Baru-baru ni kita luluskan usul di dewan bagi melantik ahli-ahli dewan sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat negeri. Inilah cara nak bagi duit lebih pada orang-orang politik.

KLN : Ooo.. maka sebab itu Ana dengar dulu ada 1 orang pembantu wazir dan sekarang hendak ditambah menjadi 3 orang semuanya. Benarkah?

MB al-Korp : Benar kerana itu tanggungjawab kerajaan nak beri pekerjaan pada rakyat. Kita kena cari jalan beri pekerjaan walaupun justifikasinya orang tak faham. Tugas wazir ni penat nak teliti kertas-kertas wazir (EXCO) dan pantau dasar-dasar kerajaan. Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan pegawai sedia ada kerana ada yang tidak boleh dipercayai. Jadi kita gajikan RM 2,500 sebulan. Kalau 2 orang sudah RM5 ribu sebulan. 10 wazir dah RM 50 ribu dan setahuan RM 600 ribu. Apa salah nak bantu orang parti ada kerja, kalau tak bantu nanti tiada pendapatan.

KLN : Apakah harapan Tuan untuk negeri ini seterusnya?

MB al-Korp : Ana harap negeri ini terus menjadi “Idaman, Maju dan Sejahtera” bagi rakyat. Tambah lagi satu ”berkebajikan” sebab itu motto kita untuk kelihatan baik. Ana harap dapat terus buat berkreatif dan berinovasi terutamanya dalam hal-hal duit supaya rakyat terus menyanjungi kepimpinan Ana dan rakan-rakan wazir Ana. Ana juga amat menghargai bantuan rakan-rakan dalam politik dan rakan-rakan korporat. Moga Ana dapat pimpin negeri ini dan rakan-rakan tersebut dan rakyat keseluruhannya tidak marah.

KLN : Terima kasih atas maklum balas Tuan. Ana harap semua rakyat, golongan korporat, orang parti, rakyat biasa dan orang miskin mendoakan kesejahteraan kerajaan Tuan. Ana mohon terus berkelana.

MB al-Korp : Itulah yang Ana harapkan. Terima kasih.

Tamatnya satu al-kisah.

Bicara hati : jauh perjalanan, luas pengalaman, moga pengalaman menjadi guru terbaik untuk kita membuat keputusan yang bijak...

No comments: