Thursday, April 22, 2010

KELANA DI BUMI ANTAH BERANTAH - PART 1

Maka tersebutlah kisah seorang Kelana (KLN) melintasi sebuah negeri yang telah dinobatkan sebagai “Idaman, Maju dan Sejahtera”. Terkejutlah dia dengan kemakmuran dan keihsanan negeri itu kepada mereka yang berkelana, maka terus dia mencari siapakah ketua negerinya. Dialah Mamak Bendahara al-Korporati (MB al-Korp).

KLN : Assalamualaikum Tuan. Ana sudah banyak mendengar tentang kehebatan dan hal ehwal negeri Tuan ini. Ana bertuah kerana sempat untuk bertanya Tuan beberapa hal yang memusykilkan Ana. Bagaimana negeri ini menjadi begitu makmur?

MB al-Korp : Terima kasih sebab puji negeri Ana, tapi Anta pun kena puji Analah. Sebenarnya ini kerja pemerintah dulu dah lebih 50 tahun. Ana dan para wazir cuma tokok tambah sikit buat ”kebajikan” supaya rakyat nampak peranan kami. Sebenarnya rakyat dah baik dan negeri dah maju. Kerja Ana mudah la.

KLN : Bagaimana Tuan menjana kewangan negeri sebab itulah punca untuk buat semua program ”kebajikan” negeri.

MB al-Korp : Bukan susah. Pertama, pemerintah dulu ada tinggalkan 1.4 billion. Kita pakailah duit ni. Kemudian kita ada sumber cukai tanah dan paling penting sumber hasil pasir kita jangka dapat RM 150 juta setahun. Banyak tu bukan sahaja boleh beri rakyat, nak masuk tabung parti Ana pun boleh. Pakai duit ini kena kreatif. Dulu masa sambutan 100 hari pentadbiran Ana pakai duit kerajaan, masa tu kita pun kutip dana untuk parti.

KLN : Ana kagumi kekreatifan Tuan, tapi kemusykilan Ana Tuan pernah memberitahu semua ahli-ahli di dewan negeri dan di hadapan al-Sultan di istana nak dapatkan RM 150 juta hasil pasir. Tapi kemudian tuan kata hanya dapat kutip RM 4.6 juta saja?

MB al-Korp : Biasalah ini andaian kreatif kita, biar nampak banyak supaya kita ada sasaran dan kerja kuat. Nanti rakyat pun suka. Ana pun dah lantik syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSBB) untuk kawal semua pengeluaran pasir atas tanah negeri, kutip doket pasir yang dahulu pejabat tanah daerah buat. Kita kena monopoli pasir negeri baru boleh untung banyak.

bersambung...

Bicara hati : macam ana pernah dengar ini cerita ...berlaku di satu negeri nun di sana...

No comments: