Thursday, April 22, 2010

UNIVERSITI ANTARABANGSA AL-MADINAH BAKAL GANTI UiTM DI SERENDAH???


Demi mendapatkan sokongan penduduk Hulu Selangor, PAKATAN RAKYAT diberitakan sanggup menperjudikan janji manis bakal membuka kampus induk Universiti Antarabangsa Al-Madinah di SERENDAH bagi menggantikan cadangan pembinaan UiTM. Sekiranya ini hanya taktik meraih sokongan, sekali lagi pihak PAKATAN RAKYAT mempersendakan perasaan penduduk Hulu Selangor khususnya di Serendah yang inginkan pembangunan hasil limpahan penubuhan institusi pendidikan apabila UiTM gagal dibina disebabkan campur tangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim dalam pengurusan YBK.

Sekiranya janji manis ini wujud hanya bagi membalas kenyataan pihak Barisan Nasional untuk terus membina kampus UiTM di Serendah sekirannya calon BN, P. Kamalanathan memenangi PRK094, ianya JELAS bahawa PAKATAN RAKYAT Selangor sanggup memanipulasi apa sahaja isu untuk meraih sokongan penduduk Hulu Selangor yang mulai jauh dari mereka.


HULU SELANGOR 12 April – Kampus UiTM akan dibina di Serendah sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan.

“Janji membina kampus UiTM itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ketika bertemu dengan jentera BN di Bangunan UMNO Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, 3 April lalu,’’ ujar beliau.

Dalam sidang media selepas majlis penyerahan biasiswa YBK di Serendah hari ini, Ahmad berkata , Najib memaklumkan , jika BN dapat menawan Selangor, UiTM akan dikembalikan kepada YBK sebagaimana perancangan asalnya, di Serendah.

“Itu adalah janji Perdana Menteri . Saya ingin mengulangi semula hasrat murni Perdana Menteri untuk membuktikan kerajaan BN tidak sebagaimana tidak adilnya kerajaan negeri Selangor, dalam konteks UiTM dan YBK yang mencetuskan kontroversi,’’ ujar beliau.

Menurut beliau, hasrat murni Perdana Menteri adalah untuk mengembalikan UiTM kepada YBK di Serendah, sebagaimana yang telah dibuat tetapi perkara itu tidak berlaku kerana ada halangan daripada kerajaan negeri Selangor - Utusan Malaysia

Bicara hati : sekali lagi agenda pendidikan dijadikan mainan politik bagi meraih sokongan, jangan terlalu rakus mengorbankan perkara yang bukan mainan kerana yang terjejas hanyalah nasib bangsa generasi masa hadapan...






No comments: