Monday, April 19, 2010

SELANGOR DARUL MAKSIAT?

Kata orang bijak pandai dahulu seringkali benar, 'meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri'. Inilah yang berlaku apabila kita mengenang kembali kata-kata YB Dr. Halimah Exco Pendidikan Selangor, yang pernah mengelarkan Selangor DARUL MAKSIAT dan DARUL MUNGKAR ketika dibawah pemerintahan Barisan Nasional.



Mengejutkan apabila merujuk pada data oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Selangor kini dibawah pentadbiran PAKATAN RAKYAT, wujud 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram. Peningkatan yang terus berlaku, merujuk pada tahun 2008 berjumlah hanya 3,600.

Mengimbas kembali sewaktu Barisan Nasional mentadbir Selangor, lesen pusat hiburan, judi dan spa hanya dihadkan kepada 700 sahaja, disamping pemantauan yang sering dilaksanakan oleh YAB Dato' Menteri Besar, ADUN, EXCO bersama penguatkuasa yang sering turun padang.

Bimbang dengan senario yang berlaku, apabila cakap tak serupa bikin bagai yang dikata oleh YB Gombak Setia bahawa akan wujud pasukan 'Amal Makruf dan Nahi Mungkar' memantau gejala sosial, namun sehingga hari ini tidak berfungsi....akhirnya akan pasti wujudnya Selangor Darul Maksiat.

Bicara hati : pandai bercakap tidak bermakna pandai bekerja. Mudah menabur janji paling payah mengotakannya, itulah antara ciri manusia munafik...

No comments: