


Sinar cahaya yang berkilau kadang kala menyilaukan pandangan mengelirukan insan membezakan yang benar mahupun palsu.
“Janji membina kampus UiTM itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ketika bertemu dengan jentera BN di Bangunan UMNO Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, 3 April lalu,’’ ujar beliau.
Dalam sidang media selepas majlis penyerahan biasiswa YBK di Serendah hari ini, Ahmad berkata , Najib memaklumkan , jika BN dapat menawan Selangor, UiTM akan dikembalikan kepada YBK sebagaimana perancangan asalnya, di Serendah.
“Itu adalah janji Perdana Menteri . Saya ingin mengulangi semula hasrat murni Perdana Menteri untuk membuktikan kerajaan BN tidak sebagaimana tidak adilnya kerajaan negeri Selangor, dalam konteks UiTM dan YBK yang mencetuskan kontroversi,’’ ujar beliau.
Menurut beliau, hasrat murni Perdana Menteri adalah untuk mengembalikan UiTM kepada YBK di Serendah, sebagaimana yang telah dibuat tetapi perkara itu tidak berlaku kerana ada halangan daripada kerajaan negeri Selangor - Utusan Malaysia
Bicara hati : sekali lagi agenda pendidikan dijadikan mainan politik bagi meraih sokongan, jangan terlalu rakus mengorbankan perkara yang bukan mainan kerana yang terjejas hanyalah nasib bangsa generasi masa hadapan...
Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir kononnya daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka, yang hari ini kehilangan punca dan hala tuju apabila sebilangan pemimpin berkaliber meninggalkan parti tersebut (rujuk di atas).
Dalam usaha menubuhkan parti politik, ia telah menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.
Parti KeADILan Nasional kemudiannya membentuk pakatan Barisan alternatif (BA) dengan PRM, Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihan raya umum malaysia 1999, Parti KeADILan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Perak.
Pada bulan Februari 2003, KeADILan telah bergabung dengan Parti Rakyat Rakyat (PRM) dan mengambil nama seperti sekarang. Populariti UMNO dan BN yang pulih dengan kejayaan Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia dari krisis kewangan 1997, dan persaraan Dr. Mahathir telah menenggelamkan gerakan reformasi dan pengaruh PKR yang makin dilihat oleh rakyat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi Anwar. Pada tahun 2004 KeADILan hanya memenangi sebuah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada tahun itu, iaitu di Permatang Pauh yang disandang oleh Presidennya, Datin Seri Wan Azizah sebelum di ambil alih oleh suami tercintanya Anwar Ibrahim.
Bicara hati : melalui sejarah PKR itu sendiri, kita sedar ianya sebuah parti politik yang penuh kontroversi dan tidak jelas hala tuju. Parti yang ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kepentingan seorang individu jelas tidak punya kekuatan dan tidak akan bertahan lama...
harakahdaily |
Melaka: Rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang kerana jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menangani gejala maksiat termasuk pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang. Ketua Penerangan PAS negeri, Sofi Wahab berkata, rakyat negeri ini juga bertanggungjawab terhadap gejala maksiat yang berlaku itu kerana memilih kerajaan BN yang seolah-olah memandang sebelah mata akan hal itu. “Kita bimbang dengan statistik yang dikeluarkan oleh jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) baru-baru ini yang menyatakan bahawa 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka tahun 2009 dan 388 pada tahun 2008. “Apakah kerajaan ini ingin terus membiarkan perzinaan dan dosa besar ini terus berleluasa,” ujarnya kepada Harakahdaily. Bicara hati: Rasanya sahabat kita yang hanya pandai menasihat cuba-cubalah pandang ke Selangor bilamana bertukar saja pemerintah, BN kepada Pakatan Rakyat yang pasti wujud 4000 tempat judi, hiburan, spa beroperasi secara haram (Fakta oleh Majlis Keselamatan Negara) sedangkan hanya 700 lesen dihadkan oleh BN ketika memerintah... |