Saturday, April 24, 2010

BN @ PR.... KUASA PENGUNDI MENENTUKAN




Bicara hati : pengundi Hulu Selangor telah padat dengan maklumat, punya masa untuk menilai bagi membuat keputusan kepada siapa mereka memihak, kita hormatilah keputusan yang bakal dibuat...

PAKATAN RAKYAT TERDESAK...DEBAT PERDANA TAKTIK KOTOR TERAKHIR

Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

“Malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.

Azmin yang kita ketahui sebagai anak emas kepada Anwar Ibrahim cuba bermain politik kotor disebabkan ceramah pembangkang yang tidak mendapat sambutan. Mereka cuba untuk mengelirukan rakyat apabila menyebarkan kononnya, akan ada debat di antara Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Kuala Kubu Bharu malam ini.

Namun, taktik kotor ini dapat di kenalpasti dan di pantau . Pihak media telah pun mengwar-warkan di dalam berita mengenai debat perdana palsu ini . Dalam usaha mencemarkan nama baik Perdana Menteri, pihak PAKATAN RAKYAT sanggup melakukan apa sahaja sebagai jalan terakhir mendapatkan sokongan pengundi di Hulu Selangor.

Bicara hati : semakin dekat hari mengundi semakin terdesak Pakatan Rakyat meraih undi, moga tidak berlaku kejadian yang tidak diingini...





MANA HILANG WANG DERMA...KE POKET PEMIMPIN???

Pengalaman mengikuti ceramah-ceramah PAKATAN RAKYAT memang menarik, tapi yang tak bestnyer mesti ke "PAW" bila tengah sedap-sedap dengar ceramah. Si penganjur siap buat pengumuman, malu sebenarnya nak minta derma...tapi terpaksa sebab PAKATAN RAKYAT bukan banyak duit macam BARISAN NASIONAL, pehhh dalam nak menge"PAW" sempat lagi mengata.



Bila difikirkan dalam-dalam, mana hilangnya wang yang di"PAW" ini disalurkan, alasan terbaik yang boleh diberi, untuk biayai perjuangan menentang kezaliman BN, JIHAD perlukan pengorbanan kononnya. Tapi terlintas di hati...boleh jadi jugak wang derma ini mengalir ke poket-poket pemimpin PAKATAN RAKYAT yang asyik-asyik jual temberang bermodalkan air liur yang tak kering-kering.

Bicara hati : kesian melihat seorang tua keluarkan RM50.00 atas dasar derma ikhlas tapi sebenarnya untuk mengisi poket-poket pemimpin yang tamak dan rakus...

KELANA DI BUMI ANTAH BERANTAH - PART 3

sambungan...

KLN : Ana juga mendengar cerita-cerita ajaib di I-City, boleh Tuan ulas?

MB al-Korp : Ini projek hartanah hebat bernilai RM 2 bilion di Shah Alam kerana ada elemen teknologi ICT dan pencahayaan malam yang canggih. Ia boleh jadi macam Silicon Valley California dengan sistem “Plug and Play”. Ana ni orang korporat pernah bangunkan hartanah Guthrie dan ramai kawan-kawan Ana orang hartanah termasuk Dato’ Tan pemilik projek ini. Ana kena bantu dia lah. Jadi Ana batalkan pemindahan Sekolah Tamil Bestari ke I-City yang diluluskan kerajaan dulu. Tanah 4 ekar untuk sekolah tu boleh dimajukan untuk untung lebih. Kedua Ana arahkan Selangor State Investment Corporation (SSIC) dan Tourism Selangor pindah ke I-City. Ini polisi ”Park and Pay” - dulu mereka tak bayar sewa nanti boleh bayar kat I-City masing-masing RM 50 ribu dan RM 36 ribu sebulan. Setahun dah RM 432 ribu. Seronok bantu kawan-kawan macam ni.

KLN : Wow! ini memang cerita ajaib buat duit. Ana juga ada dengar cerita ajaib fasal hutang Talam Corporation.

MB al-Korp : Ini lagi seorang kawan korporat yang Ana kena bantu. Inilah moral kita bantu orang-orang berniaga. Syarikat Talam ini ada hutang dengan anak syarikat negeri berjumlah RM 392 juta. Jadi kita gunakan duit rakyat beri RM 392 pada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk beri duit ni pada Selangor Industrial Corporation (SIC) untuk beli hutang ini dan kemudian MBI akan kutip balik. SIC ialah anak syarikat PKNS yang tiada pengawasan dari Kementerian Kewangan, jadi tak ada siapa kacau nak buat kerja ni. SIC pinjam bank beli hutang Talam, kemudian dapat duit dari MBI untuk bayar balik bank. Jadi adalah sikit-sikit service charge dalam RM 400 ribu nak bayar peguam bank dan anak-anak syarikat.

KLN : Wow!, ini satu inovasi kutipan hutang yang mengkagumkan.

MB al-Korp : Memang kreatif dan mengkagumkan sampai ramai ahli-ahli dalam dewan terutama kawan-kawan Ana yang seronok. Ini bukan apa, cuma sedikit trick dalam perakaunan yang biasa digunakan oleh “penyangak korporat”. Kita buat silap mata sedikit, orang tak faham mesti sorak-sorak punya. Sekarang kita giat kutip balik hutang ini yang kita jangka bulan April selesai. Ni dah terlajak tapi Ana bukan ada lampu Aladdin, kita baru dapat RM 241 juta - tunai RM 12 juta lebih dan lainnya kontra dengan hartanah. Hal ini kira dah selesai tak payah bangkit lagi.

KLN : Kemusykilan Ana kenapa hutang syarikat Talam dibantu guna wang rakyat, tetapi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang ada projek pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Serendah tidak dibantu.

MB al-Korp : Kita nak bantulah ni. Sebab tu Ana nak ambil alih pengurusan YBK sebab nak pastikan semua berjalan elok. Tapi YBK yang tak bagi, jadi kita pun tak bagilah. Maka itu kita pulangkan cukai yang sudah dibayar untuk tanah-tanah mereka hampir RM 6.9 juta termasuk di Serendah ini agar Ana boleh rampas tanah mereka. Manfaat pembangunan UiTM ni katanya menjana hasil RM 170 juta setahun, peluang pekerjaan 6 ribu dan Serendah boleh jadi macam Bangi yang ada UKM dan Shah Alam yang ada UiTM hanya andaian. Lagipun laporan audit kerajaan negeri kita tengok banyak keraguan. Kita kena sekat dan siasat segala yang meragukan.

KLN : Satu lagi kemusykilan Ana, Tuan ahli ekonomi yang hebat, kenapa perlu lantik mantan Timbalan Mamak Bendahara Negara sebagai penasihat ekonomi negeri?

MB al-Korp : Ooo... itu DSAI, cakap biar jelas. Dia macam lambang je dan banyak buat kerja politik. Lagipun dulu dia pernah hampir pelingkup ekonomi negara. Sebab tu Ana bagi upah RM 1 setahun. Lagipun sampai sekarang dia tak bawa apa-apa impak ekonomi kat Selangor, pelaburan apa ke lagi. Tapi Ana pun memang suka ramai orang nasihat supaya negeri ni terus ”sihat”. Kita ada CEO dibayar gaji RM 15 ribu sebulan dengan penyelenggaran pejabat RM 8 ribu sebulan. Dulu Ana ada task force tanah dengan 12 orang ahli dan belanja RM 500 ribu bagi 6 bulan. Tapi Ana tidak puas hati dengan kerja mereka, jadi Ana lantik satu lagi konsultan dengan bayaran RM 400 ribu – nak kaji jawatan Yang Dipertua PBT bagi maksud ceremonial dan keperluan seorang CEO yang boleh diisi oleh ahli-ahli politik. Baru-baru ni kita luluskan usul di dewan bagi melantik ahli-ahli dewan sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat negeri. Inilah cara nak bagi duit lebih pada orang-orang politik.

KLN : Ooo.. maka sebab itu Ana dengar dulu ada 1 orang pembantu wazir dan sekarang hendak ditambah menjadi 3 orang semuanya. Benarkah?

MB al-Korp : Benar kerana itu tanggungjawab kerajaan nak beri pekerjaan pada rakyat. Kita kena cari jalan beri pekerjaan walaupun justifikasinya orang tak faham. Tugas wazir ni penat nak teliti kertas-kertas wazir (EXCO) dan pantau dasar-dasar kerajaan. Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan pegawai sedia ada kerana ada yang tidak boleh dipercayai. Jadi kita gajikan RM 2,500 sebulan. Kalau 2 orang sudah RM5 ribu sebulan. 10 wazir dah RM 50 ribu dan setahuan RM 600 ribu. Apa salah nak bantu orang parti ada kerja, kalau tak bantu nanti tiada pendapatan.

KLN : Apakah harapan Tuan untuk negeri ini seterusnya?

MB al-Korp : Ana harap negeri ini terus menjadi “Idaman, Maju dan Sejahtera” bagi rakyat. Tambah lagi satu ”berkebajikan” sebab itu motto kita untuk kelihatan baik. Ana harap dapat terus buat berkreatif dan berinovasi terutamanya dalam hal-hal duit supaya rakyat terus menyanjungi kepimpinan Ana dan rakan-rakan wazir Ana. Ana juga amat menghargai bantuan rakan-rakan dalam politik dan rakan-rakan korporat. Moga Ana dapat pimpin negeri ini dan rakan-rakan tersebut dan rakyat keseluruhannya tidak marah.

KLN : Terima kasih atas maklum balas Tuan. Ana harap semua rakyat, golongan korporat, orang parti, rakyat biasa dan orang miskin mendoakan kesejahteraan kerajaan Tuan. Ana mohon terus berkelana.

MB al-Korp : Itulah yang Ana harapkan. Terima kasih.

Tamatnya satu al-kisah.

Bicara hati : jauh perjalanan, luas pengalaman, moga pengalaman menjadi guru terbaik untuk kita membuat keputusan yang bijak...

PENGUNDI HANTU - TAKTIK LAPUK PR BERULANG KEMBALI


KUALA KUBU BARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendakwa wujud pengundi hantu di Parlimen Hulu Selangor selepas mendapati terdapat kepincangan dengan maklumat yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, pihaknya telah mendapat senarai pengundi yang berumur 90 tahun ke atas dalam parlimen Hulu Selangor yang tidak diketahi sama ada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

"Kita telah mengenal pasti 201 nama dalam daftar pemilih yang berumur 90 tahun keatas dalam parlimen Hulu Selangor yang kita tidak tahu masih hidup ataupun tidak.

sumber - Mstar



Di Bagan Pinang dulu pun ada juga kedengaran cerita pengundi hantu yang disebarkan oleh Ketua Pemuda PAS iaitu Nasrudin Tantawi apabila menyedari kemenangan tak berpihak kepada mereka.

Kini cerita yang sama juga diputarkan bagi menutup kekecewaan mereka akibat tak mendapat sokongan masyarakat Hulu Selangor.

Bicara hati : pihak Pakatan Rakyat cuba mencari alasan untuk menyalahkan pihak yang terlibat (SPR) sekiranya mereka kalah, kalau menang diam membisu tak pernah nak mohon maaf...

Friday, April 23, 2010

HAJI ZAID MUGBREW TELAH SELAMAT DISUCIKAN

Hari ini akan berlangsungnya satu majlis "penyucian dosa" dan penyerahan tiket "ke sorga" kepada calon PKR iaitu Zaid Ibrahim oleh Tok Guruh Pas, Wali terompah Nik Ajezz.

Majlis dijangka bertempat di Masjid Ulu Bernam selepas sahaja solat Jumaat.

Dijangka ramai penganut parti sorga Pas akan turun meramaikan majlis tersebut yang turut menyaksikan buat pertama kalinya seorang melayu proksi DAP seperti Zaid menerima anugerah tertinggi dari parti tersebut.

Sungguh bertuah Zaid Ibrahim kerana salahlaku moralnya selama ini seperti minum arak, judi lumba kuda, menyokong isu murtad, mempertikaikan hukum Islam dan menyaman HUDUD akan terhapus hari ini dibawah "karamah" Tok Guruh Nik Ajezz.

Dikhabarkan oleh sumber bahawa kemuncak acara pada petang ini ialah upacara mengetuk kepala Zaid dengan terompah Nik Ajezz sebanyak 100 kali bagi mengeluarkan segala daki-daki Umno dari otaknya.

Selepas itu, ritual merejam Zaid Ibrahim kedalam kolah masjid akan dilakukan bagi menanggalkan sifat-sifat mazmumah yang diwarisinya dari Umno.

Akhir sekali, selepas selingan kata-kata maki hamun dan ucapan carut marut dihamburkan kepada Umno dan Barisan Nasional oleh Tok Guruh, barulah akan dilangsungkan dianugerahkan "pass VVIP ke sorga" untuk Zaid serta diumumkan nombor keanggotaannya sebagai keluarga baru "kerajaan langit". - pusaka ayahnda

Bicara hati : upacara bersejarah yang berlaku pada insan terpilih sahaja...

HAJI ZAID MUGBREW ....PAKATAN RAKYAT MAKIN TERDESAK

PAKATAN RAKYAT semakin terdesak, apabila hari ini mula menyebarkan risalah yang menunjukkan calon mereka yang dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Risalah ini telah disebarkan kepada para jemaah yang sibuk menunaikan solat jumaat di masjid-masjid sekitar Hulu Selangor.

Tujuan utama menyebarkan gambar ini adalah untuk meraih simpati penduduk di HS. PKR juga dikenal pasti akan mengunakan pengaruh Nik Aziz dalam ceramah-ceramah yang diadakan bagi meningkatkan keyakinan jentera PAS dan pengundi melayu untuk menyokong Zaid yang kita kenali sebagai MELAYU SONGSANG.

Bicara hati : Hulu Selangor makin hari makin panas dengan macam-macam ragam perangai orang politik...

KELANA DI BUMI ANTAH BERANTAH - PART 2

Sambungan...

KLN : Bab-bab keraian ni pun, Tuan hebat juga. Dikatakan kerajaan Tuan buat perayaan satu tahun kejayaan parti Pakatan Rakyat memerintah negeri sehingga mencecah RM 1.3 juta. Kenaa buat karnival hampir setengah juta, publisiti dan hampers hampir RM 300 ribu?

MB al-Korp : Kita kena bergembiralah bila meraikan sesuatu kejayaan. Lagipun rakyat lama tak berpesta dan inilah masanya kita nak ucapan terima kasih pada rakyat dengan agih-agihkan hampers. Sesekali belanja RM 1.3 apa masalah? Kita ada simpanan RM 1.4 bilion hasil orang dulu.

KLN : Ana juga musykil hal bajet negeri 2009 yang defisit lebih RM 578.5 juta. Tuan bentangkan Bajet 2009 bernilai RM 1.4 bilion, tapi lepas tu buat bajet tambahan RM 120 juta (Julai 2009) dan tambah lagi RM 458.5 juta (November 2008).

MB al-Korp : Itu la Ana kena kreatif bab-bab duit ini. Kalau tidak cukup tambah kemudian, orang mana nak perasan. Lagipun rakyat bukan faham dan mereka tak bimbang sebab makan, pakai dan tempat tinggal semua cukup. Ana buat bajet tambahan pun fasal nak bagi air percuma pada rakyat. Tapi maaflah mereka yang guna meter pukal kat flat-flat tak dapat Ana nak menolong.

KLN : Ana ada dengar pakej Ransangan Ekonomi Negeri yang bernilai RM 50 bilion? Apa kata Tuan?

MB al-Korp : Inilah keajaiban kita di Selangor mampu membuat jangkaan dan andaian RM 50 bilion sehebat negara. Nilai tu banyak boleh buat orang negeri Ana terbeliak mata. Kita buat program-program penjanaan ekonomi melalui ”Inisiatif Pembiayaian Swasta” terutamanya ”pembersihan Sungai Klang”. Ana dah luluskan syarikat DPZ Asia tanpa tender sebab ini syarikat konsultan, yang lain kena masuk tender. Satu syarikat kawan Ana di I-City, lagi lain tak ingat. Ana juga dapat cadangan dari Transparency International Malaysia (TI-M) supaya kerajaan negeri menandatangani ‘perjanjian integriti’ dengan syarikat-syarikat yang dipilih bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan korupsi.

terus bersambung...

Bicara hati : ana macam kenal la ini MB Al-Korporati...

ANWAR "REBRAND" ZAID UNTUK TARIK SOKONGAN

Anwar kini terdesak apabila cuba mengubah imej ZAID LAMA kepada Zaid baru dengan harapan dapat menarik sokongan pengundi Hulu Selangor. Zaid baru yang cuba ditonjolkan adalah seorang bersifat 'zuhud' dan 'tawakuf'...seorang yang telah bertaubat nasuha atas semua dosa-dosa lama...

Bukan semudah itu untuk mengubah manusia dalam sekelip mata, pengundi telah bijak untuk menilai semua yang berlaku ini hanyalah LAKONAN manusia-manusia munafik yang ingin meraih simpati. Disebabkan keperibadian calon yang diketahui umum, sehingga kini pihak jentera PAS masih dilihat kurang bermaya dalam berjuang memenangkan calon PAKATAN RAKYAT di PRK094.

Bicara hati : alah bisa tegal biasa...

Thursday, April 22, 2010

KELANA DI BUMI ANTAH BERANTAH - PART 1

Maka tersebutlah kisah seorang Kelana (KLN) melintasi sebuah negeri yang telah dinobatkan sebagai “Idaman, Maju dan Sejahtera”. Terkejutlah dia dengan kemakmuran dan keihsanan negeri itu kepada mereka yang berkelana, maka terus dia mencari siapakah ketua negerinya. Dialah Mamak Bendahara al-Korporati (MB al-Korp).

KLN : Assalamualaikum Tuan. Ana sudah banyak mendengar tentang kehebatan dan hal ehwal negeri Tuan ini. Ana bertuah kerana sempat untuk bertanya Tuan beberapa hal yang memusykilkan Ana. Bagaimana negeri ini menjadi begitu makmur?

MB al-Korp : Terima kasih sebab puji negeri Ana, tapi Anta pun kena puji Analah. Sebenarnya ini kerja pemerintah dulu dah lebih 50 tahun. Ana dan para wazir cuma tokok tambah sikit buat ”kebajikan” supaya rakyat nampak peranan kami. Sebenarnya rakyat dah baik dan negeri dah maju. Kerja Ana mudah la.

KLN : Bagaimana Tuan menjana kewangan negeri sebab itulah punca untuk buat semua program ”kebajikan” negeri.

MB al-Korp : Bukan susah. Pertama, pemerintah dulu ada tinggalkan 1.4 billion. Kita pakailah duit ni. Kemudian kita ada sumber cukai tanah dan paling penting sumber hasil pasir kita jangka dapat RM 150 juta setahun. Banyak tu bukan sahaja boleh beri rakyat, nak masuk tabung parti Ana pun boleh. Pakai duit ini kena kreatif. Dulu masa sambutan 100 hari pentadbiran Ana pakai duit kerajaan, masa tu kita pun kutip dana untuk parti.

KLN : Ana kagumi kekreatifan Tuan, tapi kemusykilan Ana Tuan pernah memberitahu semua ahli-ahli di dewan negeri dan di hadapan al-Sultan di istana nak dapatkan RM 150 juta hasil pasir. Tapi kemudian tuan kata hanya dapat kutip RM 4.6 juta saja?

MB al-Korp : Biasalah ini andaian kreatif kita, biar nampak banyak supaya kita ada sasaran dan kerja kuat. Nanti rakyat pun suka. Ana pun dah lantik syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSBB) untuk kawal semua pengeluaran pasir atas tanah negeri, kutip doket pasir yang dahulu pejabat tanah daerah buat. Kita kena monopoli pasir negeri baru boleh untung banyak.

bersambung...

Bicara hati : macam ana pernah dengar ini cerita ...berlaku di satu negeri nun di sana...

RAJA PETRA YANG TERUS MENIPU...

Bloggers pro pembangkang kini terdesak dalam mencari kelemahan calon BN, P. Kamalanathan sehingga terpaksa berpaksikan kepada sumber yang terang-terangan tidak boleh dipercayai, RAJA PETRA KAMARUDDIN. Antara isu kelemahan calon BN yang cuba dibangkit kini ialah kesahihan P. Kamalanathan sebagai lulusan Sarjana Muda Perhubungan Awam di University Edith Cowan di Australia. Hanya dengan pemeriksaan melalui perbualan telefon, Raja Petra mengesahkan P. Kamalanathan tidak pernah menghadiri kuliah atau mendapat apa-apa ijazah dari university tersebut. Seterusnya menyatakan P.Kamalanathan penipu?...siapa sebenarnya yang menipu, menjawabnya senang...lihat dibawah ini..


Bicara hati : bila sumber berita atau maklumat dari orang yang punya masalah kredibiliti sukar untuk dipercayai...

UNIVERSITI ANTARABANGSA AL-MADINAH BAKAL GANTI UiTM DI SERENDAH???


Demi mendapatkan sokongan penduduk Hulu Selangor, PAKATAN RAKYAT diberitakan sanggup menperjudikan janji manis bakal membuka kampus induk Universiti Antarabangsa Al-Madinah di SERENDAH bagi menggantikan cadangan pembinaan UiTM. Sekiranya ini hanya taktik meraih sokongan, sekali lagi pihak PAKATAN RAKYAT mempersendakan perasaan penduduk Hulu Selangor khususnya di Serendah yang inginkan pembangunan hasil limpahan penubuhan institusi pendidikan apabila UiTM gagal dibina disebabkan campur tangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim dalam pengurusan YBK.

Sekiranya janji manis ini wujud hanya bagi membalas kenyataan pihak Barisan Nasional untuk terus membina kampus UiTM di Serendah sekirannya calon BN, P. Kamalanathan memenangi PRK094, ianya JELAS bahawa PAKATAN RAKYAT Selangor sanggup memanipulasi apa sahaja isu untuk meraih sokongan penduduk Hulu Selangor yang mulai jauh dari mereka.


HULU SELANGOR 12 April – Kampus UiTM akan dibina di Serendah sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan.

“Janji membina kampus UiTM itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ketika bertemu dengan jentera BN di Bangunan UMNO Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, 3 April lalu,’’ ujar beliau.

Dalam sidang media selepas majlis penyerahan biasiswa YBK di Serendah hari ini, Ahmad berkata , Najib memaklumkan , jika BN dapat menawan Selangor, UiTM akan dikembalikan kepada YBK sebagaimana perancangan asalnya, di Serendah.

“Itu adalah janji Perdana Menteri . Saya ingin mengulangi semula hasrat murni Perdana Menteri untuk membuktikan kerajaan BN tidak sebagaimana tidak adilnya kerajaan negeri Selangor, dalam konteks UiTM dan YBK yang mencetuskan kontroversi,’’ ujar beliau.

Menurut beliau, hasrat murni Perdana Menteri adalah untuk mengembalikan UiTM kepada YBK di Serendah, sebagaimana yang telah dibuat tetapi perkara itu tidak berlaku kerana ada halangan daripada kerajaan negeri Selangor - Utusan Malaysia

Bicara hati : sekali lagi agenda pendidikan dijadikan mainan politik bagi meraih sokongan, jangan terlalu rakus mengorbankan perkara yang bukan mainan kerana yang terjejas hanyalah nasib bangsa generasi masa hadapan...






PKR TAK 'GENTLEMEN'....GUNA TAKTIK KOTOR

Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang semalam ketika sibuk menurunkan kain rentang BN. Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Semasa semua orang sibuk nak ke masjid berjemaah Maghrib, puak-puak munafiqeen ini sibuk melakukan khianat ke atas hak milik orang lain. Inilah perangai busuk hati dan mentaliti dibawah paras cerdik petugas-petugas PR.

Sesungguhnya mereka ini sudah mula tergugat dengan sokongan penuh masyarakat Hulu Selangor. Sebab itulah mereka begitu terdesak melakukan taktik kotor mensabotaj bahan kempen BN. Jelas bahawa jentera PR semakin meroyan ibarat cacing yang kepanasan - pusaka ayahnda

Bicara hati : apabila jiwa dihimpit rasa resah, kekalahan yang bakal diraih...hati jahat menguasai akal fikiran langsung terjadi tindakan yang tidak rasional...


SELAMAT JALAN PRESIDEN...AZIZAH YANG SUNYI

Menyusuri sejarah penubuhan PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR).....

Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir kononnya daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka, yang hari ini kehilangan punca dan hala tuju apabila sebilangan pemimpin berkaliber meninggalkan parti tersebut (rujuk di atas).

Dalam usaha menubuhkan parti politik, ia telah menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Parti KeADILan Nasional kemudiannya membentuk pakatan Barisan alternatif (BA) dengan PRM, Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihan raya umum malaysia 1999, Parti KeADILan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Perak.

Pada bulan Februari 2003, KeADILan telah bergabung dengan Parti Rakyat Rakyat (PRM) dan mengambil nama seperti sekarang. Populariti UMNO dan BN yang pulih dengan kejayaan Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia dari krisis kewangan 1997, dan persaraan Dr. Mahathir telah menenggelamkan gerakan reformasi dan pengaruh PKR yang makin dilihat oleh rakyat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi Anwar. Pada tahun 2004 KeADILan hanya memenangi sebuah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada tahun itu, iaitu di Permatang Pauh yang disandang oleh Presidennya, Datin Seri Wan Azizah sebelum di ambil alih oleh suami tercintanya Anwar Ibrahim.

Bicara hati : melalui sejarah PKR itu sendiri, kita sedar ianya sebuah parti politik yang penuh kontroversi dan tidak jelas hala tuju. Parti yang ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kepentingan seorang individu jelas tidak punya kekuatan dan tidak akan bertahan lama...

Wednesday, April 21, 2010

PAS TERUS KELIRU...DAHAGAKAN HIDAYAH


Entahlah apa dah jadi dengan puak-puak PAS nie, moga dikurniakan HIDAYAH supaya mereka sedar siapa calon yang mereka sokong, yang mereka julang...calon 'suci' dari PKR tetapi boneka DAP kiranya menang di Hulu Selangor boleh bawa derita pada melayu islam.

Bicara hati : PAS perlu sedar kerjasama antara DAP dan PKR boleh memusnahkan melayu islam, janganlah kerana tamakkan kuasa kita gadaikan keamanan yang kita kecapi...

TAYANGAN TERBARU PAKATAN RAKYAT DI HULU SELANGOR

Penduduk di Hulu Selangor bakal di sajikan dengan tayangan terbaru di lakonkan bintang-bintang terkenal dari DAP, PAS dan PKR. Tayangan ini dikatakan bakal box-office kerana dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan yang bijak memainkan pelbagai peranan.

Bicara hati : tidak sabar menanti sandiwara pelakon-pelakon terkenal dari pakatan rakyat...

CALON PKR BONEKA CATURAN DAP?



Maklumat terkini menyatakan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon yang mewakili PAKATAN RAKYAT sebenarnya adalah dari desakan dan kehendak DAP...mungkinkah ini sebab utama mengapa jentera PAS dilihat kurang bermaya menjalankan kempen.

Bicara hati : itulah pasal, pandai sangat memilih kawan, terpaksa menelan mana yang bathil asalkan kemenangan dikecapi...

PROJEK PAKATAN RAKYAT? KALAU DULU TUDUH BN PARTI PROJEK

"Mengaku dulang, paku serpih" kalau dahulu Barisan Nasional sering dilabelkan sebagai 'Parti Projek' oleh PAKATAN RAKYAT semasa mereka berkempen. Hari ini di Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor jelas sekali menampakkan mereka juga melakukan perkara yang sama atas alasan memberi kemudahan terbaik kepada masyarakat setempat.

Antara kewujudan projek MEE SEGERA yang di kesan di Hulu Yam Lama ialah menurap jalan yang telah lama rosak dan dibiarkan. Ini bukanlah kebetulan dengan Pilihan Raya Kecil yang berlangsung, dengan ini kita bakal melihat lebih banyak projek-projek 'mee segera' diusahakan.

Teringat kembali pengalaman semasa menghadiri beberapa ceramah Pakatan Rakyat, penceramah mereka sering melontar persoalan "Mengapa Kerajaan BN akan membuat papan tanda Projek Kerajaan Barisan Nasional di setiap projek yang dia bangunkan, sedangkan mereka bangunkan guna duit rakyat".

Bagaimana pula sekarang? Bukankah wang yang digunakan untuk membuat projek tersebut yang dilabelkan sebagai "Projek Pakatan Rakyat" hasilnya daripada duit rakyat. Janganlah jadi ketam yang nak mengajar anaknya berjalan lurus.

Bicara hati : dulu kalau BN buat kutuk habis-habisan, tapi sekarang mereka sendiri yang buat. Janganlah mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

SAHIH PKR AMAL POLITIK ADU DOMBA

PKR hari ini merayu pada penduduk Hulu Selangor untuk menentang politik ADU-DOMBA. Siapa yang mengamal politik seperti ini kalau bukan PARTI KEADILAN RAKYAT itu sendiri. Rayuan ini bagai mengiakan kemelut yang berlaku didalam PKR sehingga ramai ahli-ahlinya keluar berubah arah kepada BARISAN NASIONAL.

Menyedari PKR hanya menjadi alat dalam memenuhi cita-cita peribadi Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin PKR mula merasa ragu atas dasar-dasar yang di perjuangkan sehingga mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut.


Bicara hati : kini jelas rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya berlaku dalam kemelut kepimpinan PKR yang kononnya ditubuhkan bagi menperjuangkan keadilan...keadilan hanya untuk anwar semata...

Tuesday, April 20, 2010

PKR - PARTI KELUAR RAMAI2...ANWAR BAKAL KESEORANGAN


Melihat kepada senario terkini, Anwar Ibrahim bakal keseorangan apabila ramai ahli-ahli PKR samada di peringkat tertinggi mahupun bawahan telah mulai keluar, menuju kehidupan yang lebih baik. Antara yang meninggalkan PKR hingga saat ini...

1. Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2. Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3. Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
18. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
19. Calon PKR Teluk Kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
20. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat

Kerusi Parlimen

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN

Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
Adun Lunas, Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu

DAN RAMAI LAGI yang akan menyusul....

Bicara hati : bila yang buruk terdedah, hati menjadi tawar...hijrahlah jalan terbaik dalam mencari ketenangan dalam hidup...

PKR TERDESAK...PERAS UGUT RAKYAT MISKIN



“Bantuan zakat daripada Pusat Zakat Selangor akan dihentikan jika anda memasang bendera Barisan Nasional (BN) di rumah anda.” Itulah ugutan diterima penduduk kawasan perumahan Southern Kinta Consolidated (SKC) di sini, dipercayai dilakukan penyokong kuat pakatan pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Ugutan itu terbongkar ketika jentera Pemuda BN melancarkan ‘Kempen Satu Rumah Satu Bendera BN’ dengan menyerahkan bendera berkenaan kepada penduduk, tetapi dipulangkan semula kerana lebih 100 penduduk dari kawasan perumahan itu bimbang dikenakan tindakan berkenaan."

MELAMPAU!! bila zakat yang merupakan hak rakyat miskin dijadikan modal oleh pimpinan PKR Selangor untuk memeras ugut bagi mendapatkan sokongan. Jelas kini DEMOKRASI TERPIMPIN yang diamalkan oleh PKR selama ini bagai menanam tebu di hujung lidah...hanya pandai bermain kata.

Bicara hati : raihlah sokongan dengan cara terhormat, jangan kerana kita punya kuasa yang miskin ditindas, mereka punya hak untuk memilih pemimpin yang dapat membela masa hadapan...

PENYOKONG HALIMUNAN PKR PENUHI CERAMAH DI HULU SELANGOR





Dengar cerita calon PKR di Hulu Selangor tidak takut hadapi PRK 094 kerana sangat yakin bahawa penyokong setia HALIMUNAN mereka bakal memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Walaupun pelbagai isu yang dibangkitkan untuk menonjolkan kelemahan Barisan Nasional, kini orang di Hulu Selangor telah sedar siapa sebenar yang patut diberi peluang untuk mewakili suara mereka di Dewan Rakyat.

Dengan itu berlaku peristiwa memalukan apabila ceramah-ceramah politik PKR tidak mendapat perhatian malahan dipulaukan oleh penduduk tempatan. Seperti yang dipaparkan dalam gambar diatas, jelas terpapar di muka penceramah jemputan yang macam dah tak sabar-sabar nak cabut bila yang hadir lebih ramai penyokong HALIMUNAN dari manusia sebenar.

Bicara hati : kalau dulu mereka-mereka ini boleh hidup dengan jual temberang, menipu rakyat hidup-hidup, kini kebenaran telah terbukti yang mana palsu yang tulen...


BILA BUKAN ISLAM BERKHUTBAH DALAM MASJID





Pellbagai pendapat mengenai hukum yang 'membolehkan' dan 'mengharamkan si kafir untuk masuk ke masjid. Yang menjadikan persoalan ini lebih menarik apabila si kafir di beri penghormatan, dimuliakan bagi menyampaikan KHUTBAH di mimbar mempergula-gulakan orang islam itu sendiri, apa pula HUKUMNYA???

Perkara ini jelas tidak pernah berlaku semasa pemerintahan islam di zaman Nabi S.A.W mahupun para Sahabat A.S. Namun perkara ini terjadi di bawah pentadbiran PAKATAN RAKYAT di negeri Selangor, apabila YB Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar didapati masuk dan diberi penghormatan berucap di dewan utama masjid Taman Sri Andalas pada 2009 Oktober lalu.

Ternyata ini menyalahi hukum islam, dimana Pengerusi MAIS, Datuk Seri Mohd Adzib Mohd Isa menegaskan orang bukan islam tidak boleh memasuki masjid kerana tidak suci seperti wanita yang didatangi haid.

Bicara hati : apa pun alasan orang yang menjemput si kafir berceramah di masjid, kesucian masjid sangat perlu dipertahankan dari semula muslihat tipu daya politik...

Monday, April 19, 2010

DUIT RAKYAT SELANGOR DIBAZIRKAN LAGI...

Selangor Bayar Suku Juta Kepada Malik Imtiaz

Tan Sri Khalid Ibrahim perlu jelaskan mengapa kerajaan negeri Selangor membayar Malik Imtiaz sebanyak lebih RM 250 ribu atas kapasiti beliau sebagai peguam pemerhati Teoh Beng Hock.

Menurut seorang peguam, bayaran tersebut merupakan satu bayaran yang sangat mahal dan tidak masuk akal.

Peguam tersebut juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri boleh membiayai kos guaman teoh beng hock. Apakah ini bermakna kerajaan negeri akan membiayai kos guaman semua kakitanganya yang menghadapi isu undang2?

Kami difahamkan pakar forensik, Dr Pornthip juga menerima bayaran yang hampir sama. Ini bermakna kerajaan negeri telah membelanjakan setengah juta untuk kes pembantu exco ini. Wajarkah wang rakyat dihabiskan? - Selangordaily Blog

Bicara hati : sudahlah janji-janji manis manifesto tak tertunai, belanjakan pula pada perkara-perkara tidak munasabah, nampaknya rakyat Selangor akan terus menjadi mangsa...

JANJI YANG TIDAK AKAN TERTUNAI...

Dimanakah KREDIBILITI bila sesuatu janji dibuat tapi gagal ditunaikan. Pimpinan kerajaan PAKATAN RAKYAT Selangor perlu menjelaskan punca kegagalan mereka dalam memenuhi janji sasaran kutipan hasil pasir RM150 JUTA yang dinyatakan dalam ucapan bajet 2009 oleh YAB MB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara ini terdedah apabila pembentangan bajet 2010 yang di bacakan pada November 2010, YAB MB telah menyatakan sehingga 21 oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM4,678,021.84. Jumlah ini hanya 3% sahaja dari jumlah sasaran, jelas sekali ia tersasar jauh bagai langit dan bumi.

Inilah bukti yang perlu disedari orang rakyat khususnya penduduk negeri Selangor tentang kelemahan dan kepincangan yang dilakukan oleh pimpinan PAKATAN RAKYAT.

Bicara hati : makin lama memerintah makin terdedah pekung kelemahan PAKATAN RAKYAT, moga kesedaran wujud untuk kita memilih yang terbaik...

SELANGOR MILIKI EXCO KOBOI?

Rentetan dari artikel yang ditulis sebelum ini, Selangor Darul Maksiat?.. mungkin antara punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar gejala maksiat kerana wujudnya EXCO KOBOI di pentadbiran kerajaan negeri.

YB Ronnie Liu Tan Kiew sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan secara terangan menyalahguna kuasa apabila campur tangan dalam menghalang penguatkuasa MBSA merampas minuman keras di kedai serbaneka 7-elevan di Seksyen 8 Shah Alam. Beliau juga antara yang didakwa menghalang polis dan MPSJ daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan pelacuran di hotel tiga bintang di Puchong Jaya.

Itu antara maklumat yang kita tahu, bagaimana pula dengan perkara-perkara lain yang dilakukannya secara selindung, tidak hairanlah berlakunya peningkatan gejala maksiat dan tercemar kesucian bandar Shah Alam yang dipertahankan sekian lama.

Bicara hati : sedih apabila bandaraya Shah Alam yang indah, yang menjadi komuniti melayu islam tercemar kerana ketidakperihatinan pimpinan sedia ada...

MASIHKAN KAU INGAT...BANGLO ECXO SELANGOR

Tiba-tiba terdetik di fikiran teringatkan peristiwa lama BANGLO EXCO Selangor di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ini, beria-ria sangat pihak kerajaan PAKATAN RAKYAT inginkan 10 UNIT BANGLO tersebut dijual atau dijadikan produk pelancongan atas alasan mengelakkan pembaziran seperti yang berlaku semasa pemerintahan Barisan Nasional.



Hakikatnya sehingga kini, 2 unit banglo tersebut masih dihuni oleh YB Pegawai Kewangan Negeri dan YB Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri dan meluluskan 2 unit yang lain untuk di huni oleh YAA Hakim Syarie dan YA Hakim Syarie. Selebihnya telah di pasarkan oleh PKNS kepada tetamu negeri, pelabur dan orang kenamaan. Dengan ini, terbukti bukan satu pembaziran apabila kemudahan yang disediakan memudahkan penjawat tinggi negeri berkhidmat dengan baik dan mengurangkan kos perjalanan.

Itulah... dulunya cukup pandai mengata kerajaan negeri pimpinan BN membazir, sedangkan apa yang dilakukan kini bagai 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.

Bicara hati : malu-malu kucing EXCO PAKATAN RAKYAT nak guna kemudahan yang dulunya mereka umpat, segan kerana terlepas cakap...

SELANGOR DARUL MAKSIAT?

Kata orang bijak pandai dahulu seringkali benar, 'meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri'. Inilah yang berlaku apabila kita mengenang kembali kata-kata YB Dr. Halimah Exco Pendidikan Selangor, yang pernah mengelarkan Selangor DARUL MAKSIAT dan DARUL MUNGKAR ketika dibawah pemerintahan Barisan Nasional.



Mengejutkan apabila merujuk pada data oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Selangor kini dibawah pentadbiran PAKATAN RAKYAT, wujud 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram. Peningkatan yang terus berlaku, merujuk pada tahun 2008 berjumlah hanya 3,600.

Mengimbas kembali sewaktu Barisan Nasional mentadbir Selangor, lesen pusat hiburan, judi dan spa hanya dihadkan kepada 700 sahaja, disamping pemantauan yang sering dilaksanakan oleh YAB Dato' Menteri Besar, ADUN, EXCO bersama penguatkuasa yang sering turun padang.

Bimbang dengan senario yang berlaku, apabila cakap tak serupa bikin bagai yang dikata oleh YB Gombak Setia bahawa akan wujud pasukan 'Amal Makruf dan Nahi Mungkar' memantau gejala sosial, namun sehingga hari ini tidak berfungsi....akhirnya akan pasti wujudnya Selangor Darul Maksiat.

Bicara hati : pandai bercakap tidak bermakna pandai bekerja. Mudah menabur janji paling payah mengotakannya, itulah antara ciri manusia munafik...

Sunday, April 18, 2010

MANA HILANG KEUNTUNGAN UNISEL?



Menyedihkan apabila Universiti Selangor (UNISEL) yang dilihat punyai potensi besar dalam menjadi pusat pengembangan ilmu kepada generasi muda kini makin malap bila keuntungan yang sepatutnya menjadi kekuatan bagi meningkatkan kemudahan infrustruktur menurun mendadak semenjak PAKATAN HARAM memerintah Selangor.

Keengganan para pelajar lepasan diploma melanjutkan pendidikan ke peringkat ijazah sememangnya memberi impak besar. Adakan keengganan mereka ini berlaku apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan UNISEL itu sendiri.

Peningkatan kos kerana emolumen meningkat sebanyak 53% pada tahun 2009, antaranya kerana membiayai kos Naib Canselor (JUSA A), 4 TNC (JUSA B) dan 2 Pendaftar serta Bendahari (JUSA C). Mungkinkah ini yang menjadi punca kepada kemerosotan keuntungan UNISEL.

Bicara hati : terkilan bila pengurusan IPT yang menjadi pusat pengembangan ilmu di campur aduk dengan unsur politik oleh pimpinan yang kurang matang...

TANPA PAS...PKR BAKAL BERKUBUR DI HULU SELANGOR




Beberapa tahun lalu, Zaid Ibrahim kecam PAS kerana memfailkan saman terhadap Kerajaan Kelantan ekoran perlaksanaan hukum hudud. ‘Free Thinker’ ini sanggup menyaman Kerajaan Kelantan demi mempertahankan ideologinya yang tidak mempercayai agama.

Hari ini, atas dasar kepentingan politik semata-mata, nada suara dan gerak laku pemimpin-pemimpin PAS nyata berbeza malah memuji Zaid sebagai tokoh paling layak untuk dicalonkan dalam mewakili Pakatan Haram di Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid ini telah mencetuskan kontroversi di kalangan ahli-ahli dan petugas PAS dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini kerana ramai yang mempertikai pemilihan beliau disebabkan perangai dan tingkah laku yang tidak melambangkan seorang Islam dan Melayu.

Demi menjaga hati parti DAP dan PKR, pemimpin PAS telah mengadakan sesi penerangan khas membabitkan 3,000 petugas dari seluruh negara. Atas alasan itu, PAS khuatir ahli-ahlinya tidak bermotivasi untuk menjalankan tugas dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor -Wira Hulu Selangor

Bicara hati : Jelas sekali PKR terpaksa mengharapakan jentera PAS yang kita akui kental dalam menghadapi apa jenis pilihanraya, namun kali ini sedikit segan PAS mendokong Zaid Ibrahim yang punyai masalah moral, takut dikatakan shubahat...

PAS FOR ALL??

Apa dah jadi dengan prinsip perjuangan PAS hari ini yang dulunya tegas dalam semua perkara. PRK Hulu Selangor banyak menbongkar kekalutan dalam PAS, bilamana Zaid Ibrahim yang pernah memfailkan saman terhadap kerajaan PAS Negeri Kelantan berhubung HUDUD, kini dijulang tinggi mewakili PAKATAN HARAM.

Mungkinkah taubat nasuha Zaid Ibrahim di terima semua ahli PAS atau PAS itu sendiri terpaksa menelan semua kisah pahit untuk memastikan kuasa dalam genggaman, asalkan Barisan Nasional tumbang.



Tidak sensitifkah PAS terhadap penghinaan secara sedar atau pun tidak yang dilakukan penyokong PAKATAN HARAM ini, bila yang benar di terbalikkan sebagaimana head band yang dipakai oleh bukan islam ini semasa mereka sama-sama melaungkan takbir.

Bicara hati : kecewa bila agama disendakan dan perkara ini dibenarkan oleh orang-orang yang kononnya pejuang di jalan ALLAH...

Saturday, April 17, 2010

UNISEL DI AMBANG KEMUSNAHAN?



Data menunjukkan Universiti Industri Selangor (UNISEL) mengalami masalah dari segi kemasukan bilangan pelajar . Bilangan kemasukan pelajar 6,758 (2007), 4,477 (2008), 2,481 (2009) dan hanya 400 (Jan 2010).

Sedih bila mengetahui UNISEL yang sebelum ini antara IPT yang punyai masa depan gemilang untuk menjadi pusat ilmu terbilang, menghadapi masalah merundumnya bilangan pelajar yang mendaftar sepanjang tahun. Perlu ada kajian untuk memastikan apa punca utama keadaan seperti ini berlaku kerana yang pasti menjadi mangsa adalah PELAJAR GENERASI PEWARIS MASA HADAPAN.

Bicara hati : Was-was kiranya senario politik kurang matang punca penyebab segala yang berlaku. Jangan masa depan anak-anak kita jadikan taruhan asalkan matlamat hati tercapai...

TARIAN SHUFFLE PAKATAN RAKYAT DI HULU SELANGOR

Macam-macam gelagat penyokong Pakatan Rakyat yang tak matang, calonnya Zaid ibrahim baru daftar bertanding mereka yang diluar menari shuffle bagai dah menang..... sampai lupa nak ajak Anwar Ibrahim yang pandai dalam semua "tarian"(YouTube).



Bicara hati : Naik syok la jugak bila tengok ramai-ramai menari shuffle, tapi bila teringatkan nasib agama, bangsa dan negara jadi taruhan, hati tiba-tiba jadi tawar...

ZAID MEMANG MELAYU SEJATI TAPI ISLAMNYA ?



Mengaku menjadi seorang melayu amat mudah kerana melayu terikat pada adat budi bahasa. Tapi menjadi seorang MELAYU ISLAM bukan perkara yang senang kerana akidah, akhlak dan syariatNYA perlu dijaga supaya tidak menjadi manusia munafik.

Bicara hati : sedikit bimbang bila ramai melayu mendabik dada mencanang reformasi demi kebaikan rakyat sedangkan mereka sewenangnya meraih kemewahan dari derita rakyat secara diam...

Friday, April 16, 2010

BN PUNCA MAKSIAT BERLELUASA?

harakahdaily
Melaka: Rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang kerana jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menangani gejala maksiat termasuk pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Ketua Penerangan PAS negeri, Sofi Wahab berkata, rakyat negeri ini juga bertanggungjawab terhadap gejala maksiat yang berlaku itu kerana memilih kerajaan BN yang seolah-olah memandang sebelah mata akan hal itu.

“Kita bimbang dengan statistik yang dikeluarkan oleh jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) baru-baru ini yang menyatakan bahawa 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka tahun 2009 dan 388 pada tahun 2008.

“Apakah kerajaan ini ingin terus membiarkan perzinaan dan dosa besar ini terus berleluasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Bicara hati: Rasanya sahabat kita yang hanya pandai menasihat cuba-cubalah pandang ke Selangor bilamana bertukar saja pemerintah, BN kepada Pakatan Rakyat yang pasti wujud 4000 tempat judi, hiburan, spa beroperasi secara haram (Fakta oleh Majlis Keselamatan Negara) sedangkan hanya 700 lesen dihadkan oleh BN ketika memerintah...

Wednesday, April 14, 2010

MALAYSIAKINI PUTAR BELIT KENYATAAN TPM

Dalam menyampaikan maklumat terkini yang sensasi, Malaysiakini sanggup memutar belit kenyataan TPM yang boleh menyumbang ke arah keretakan hubungan antara agama dan kaum di Malaysia. Dimana moral etika kewartawanan yang dilihat semakin nipis hanya semata untuk menyokong pihak yang menentang kerajaan sedia ada. Sikap berat sebelah yang ditunjukkan oleh Malaysiakini terhadap isu-isu terkini seolah-olah menuding salah kepada

Tuesday, April 13, 2010

ZAID CALON TERBAIK PKR DI HULU SELANGOR?

Kewibawaan Zaid yang manakah jadi pujaan PKR sehingga beliau layak di jadikan calon utama PRK Hulu Selangor? Soalan yang hanya Anwar Ibrahim yang layak menjawab. Tiada sebarang pembangunan menguntungkan dirasai penduduk Hulu Selangor dalam masa pemerintahan PR sehingga kini. Mainan politik tidak matang, menyajikan fitnah, caci maki hanya akan merugikan generasi anak cucu akan datang.

Biar pun calon tidak terkenal, tapi tahu jaga adat budi, nilai resam budaya 1Malaysia dan yang utama tahu berbakti tidak tinggalkan pengundi, sudah cukup baik untuk dijadikan harapan penduduk Hulu Selangor bergantung supaya tidak terpinggir dari pembangunan.

Bicara hati: Berubah kepada yang lebih baik perlukan pengorbanan walaupun pahit, yang penting generasi akan datang merasai manis dan berterima kasih pada generasi lama yang bijak menilai...